Monday, June 27, 2011

Majalah Gen-Q (Generasi Al-Quran Kreatif)

Gen-Q1.JPG


GEN-Q (Generasi Al-Quran Kreatif) bukan sahaja sebuah majalah, ianya adalah satu IDEOLOGI yang perlu dibawa kepada masyarakat ditempatkan dalam jiwa yang berada di rumah, kejiranan, sekolah, ipt/ipts dan pejabat. Maka lahirlah arkitek, ahli perniagaan, doktor, juruterbang, akauntan, guru, pensyarah, pendokong masa depan dengan ideologi Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan pegangan!

Majalah terbitan Telaga Biru yang bakal diterbitkan keluaran PERTAMA-nya pada Julai ini merupakan EDARAN EKSKLUSIF Stormreaders. Ini bermakna majalah ini tidak didapati di kedai-kedai atau outlet sepertimana majalah-majalah lain.

Ciri-ciri Gen-Q :

  • bicara daripada Al-Quran dan Hadis
  • bersaiz kecil mudah dibawa
  • dikemukakan dalam bahasa santai, meriah dengan ilustrasi berwarna untuk membantu menambah pemahaman
  • menunjukkan arah karier dengan memberi contoh tauladan yang telah berjaya
  • penuh dengan hikmah, petua dan doa
  • isu-isu semasa, cinta dan petua untuk remaja
  • artikel oleh kolumnis dan penulis berpengalaman, diketuai oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi sebagai Ketua Editor